Peniaga dalam talian berdepan masalah logistik sepanjang PKP


Angie Tan

Peniaga atas talian terpaksa menggunakan semua kaedah dalam mencari cara menghantar produk kepada pelanggan secepat mungkin sepanjang tempoh PKP penuh. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Jun, 2021.

PENIAGA yang beralih kepada jualan dalam talian akibat pandemik Covid-19 akibat pandemik Covid-19 kini berdepan masalah logistik untuk menghantar barangan kepada pelanggan kerana penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP) penuh.

Dengan keadaan pandemik yang masih belum reda, peniaga berkata pelanggan membuat pembelian secara dalam talian bagi mengelak keluar rumah dan terdedah kepada jangkitan.

Bagaimanapun, peniaga terikat dengan PKP penuh dua minggu sejak 1 Jun lalu dan yang menjejaskan proses penghantaran produk mereka, hingga ada kes barangan rosak kerana tempoh terlalu lama untuk dihantar.

Pengasas Bijin Soup Empire Ng Wai Sin yang memulakan perniagaan enam bulan lalu di Taman Gembira, Kuala Lumpur berkata syarikatnya berdepan masalah pengangkutan pada minggu pertama PKP penuh.

Syarikat itu menjual makanan sihat dalam bentuk sup sejuk beku seperti sup ayam kolagen.

“Pelanggan mengadu rasa sup yang diterima jadi pelik. Ini kerana syarikat penghantar menyimpan sup beku kami dengan cara salah.

“Kami terpaksa hubungi semua pelanggan untuk minta mereka jangan makan sup itu. Selepas itu, bagi menggantikan pembelian, kami sediakan sup baharu dan mengupah sendiri penghantar menghantar kepada pelanggan,” kata Ng kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata ini bukan kali pertama berdepan masalah dengan syarikat penghantar. Sebelum ini, kelewatan penghantaran berlaku kerana pekerja syarikat penghantar dijangkiti Covid-19.

Dengan PKP penuh dikuatkuasakan, beliau terpaksa menghadapi masalah kelewatan lagi tetapi syarikat penghantar tidak beri alasan mengapa.

“Kami sudah tidak boleh terima lagi,” kata Ng.

Beliau berkata syarikatnya juga menerima tempahan dari negeri lain tetapi penghantaran tidak dapat dibuat ke kawasan dikenakan PKP diperketatkan (PKPD), menyebabkan pakej dikembalikan semula kepadanya.

“Kami ada lebih 20 pakej di mana pelanggan sudah membayarnya. Kami tidak mahu kecewakan pelanggan, jadi kami cara untuk hantar, walaupun bayarannya mahal, kami sanggup tanggung kos itu.”

Ketika PKP penuh diumumkan, Ng berkata syarikatnya berhenti mengambil tempahan dari negeri lain, dan hanya fokus kepada Lembah Klang.

Ng sebelum ini menjalankan perniagaan atas talian di Singapura dan kembali ke Malaysia pada 2018.

 Membandingkan dua negara itu, Ng berkata banyak lagi ruang untuk penambahbaikan perlu dilakukan di Malaysia.

“Di Singapura, ia lebih cekap. Barangan akan dihantar dalam tempoh sehari dua. Di sini tiada cara efisien untuk menghantar barangan terutama barangan sejuk beku,” katanya. – 14 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen