Romania keluar sijil digital Covid-19 mulai 1 Julai


ROMANIA akan mula mengeluarkan sijil digital Covid-19 mulai 1 Julai, lapor Agerpress memetik pegawai Kementerian Kesihatan, Andrei Baciu pada Khamis.

“Sijil itu akan mula dikeluarkan pada 1 Julai bertujuan untuk memudahkan perjalanan antara negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

“Kerajaan Romania akan melaksanakannya, sijil yang mempunyai maklumat mengenai (vaksinasi, ujian saringan atau sembuh) itu boleh dimuat turun di laman web khas bermula 1 Julai.

“Selain itu kod QR juga boleh dimuat turun menggunakan telefon pintar untuk mengelakkan kesesakan di pintu masuk sempadan,” kata Baciu kepada Senat.

Buat masa ini sembilan negara turut bersetuju untuk menggeluarkan sijil itu. Pada 9 Jun lalu langkah penggeluaran sijil berkenaan mendapat kelulusan sebulat suara Parlimen EU. – Bernama, 10 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen