11 maut, 7 cedera akibat runtuhan kediaman di Mumbai


Pihak berkuasa Mumbai mengesahkan tujuh penduduk lain cedera dalam kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi menemukan mangsa yang dikhuatiri hilang. – Gambar AFP, 10 Jun 2021.

SEKURANG-KURANGNYA 11 orang termasuk lapan kanak-kanak maut, dalam kejadian runtuhan bagunan kediaman susulan hujan lebat di Mumbai, lapor pihak berkuasa hari ini.

Pihak berkuasa Mumbai mengesahkan tujuh penduduk lain cedera dalam kejadian itu dan operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan bagi menemukan mangsa yang dikhuatiri hilang.

Penduduk sudah dipindahkan dari bangunan berdekatan yang dianggap berada dalam keadaan berbahaya.

Daripada angka yang cedera, enam berada dalam keadaan stabil manakala seorang wanita berusia 30 tahun dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal.

“Tiga orang disyaki masih terperangkap dan operasi mencari sedang diteruskan,” kata Prabhat Rahangdale, pihak berkuasa bandar Mumbai kepada media Indian Express.

Keruntuhan bangunan adalah perkara biasa semasa musim tengkujuh.

Hujan lebat yang melanda ibu kota komersial India itu semalam mengakibatkan bajir kilat dan kesesakan lalu lintas. – AFP, 10 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen