PRESIDEN Argentina mohon maaf selepas tular kenyataannya orang Mexico moden berasal daripada orang asli, orang Brazil “dari hutan” dan penduduk negaranya berasal dari Eropah.
“Saya orang Eropah. Saya seorang yang percaya saya dari Eropah,” kata Alberto Fernandez ketika beliau dan pemimpin pelawat Sepanyol, Pedro Sanchez bertemu dengan pemimpin perniagaan di Buenos Aires.
Penyair Mexico, Octavio Paz katanya, pernah menulis “Orang Mexico berasal dari India, Brazil dari hutan, tetapi kami orang Argentina berasal dari kapal, dan mereka adalah kapal dari sana, dari Eropah. Dan itulah bagaimana kami membina masyarakat kami”.
Beberapa jam kemudian, beliau meminta maaf di Twitter.
Katanya, pada separuh pertama abad ke-20 kami menerima lebih daripada lima juta pendatang yang tinggal bersama penduduk asli.
“Kami bangga dengan kepelbagaian kami.”
Fernandez berkata beliau tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa tetapi kepada siapa yang berkenaan: “Maafkan saya”.
Satu video kenyataan asalnya menjadi tular, menarik banyak reaksi di Brazil.
Membaca pernyataan Fernandez, “Saya mula memahami dengan lebih baik mengapa selepas Perang Dunia II penjenayah perang Nazi bersembunyi di Argentina,” kata Senator Brazil Ciro Nogueira di Twitter. – AFP, 10 Jun, 2021.
Komen