KEMARAU paling teruk dalam tempoh hampir seabad melanda wilayah utama di Brazil menjejaskan empangan hidroelektrik dan tanaman – serta mengancam proses pemulihan ekonomi negara Amerika Latin itu, pasca pandemik.
Berbulan-bulan tanpa hujan lebat menyebabkan sungai kering dan tebing retak serta mengurangkan jumlah simpanan air untuk bekalan di seluruh tenggara dan barat tengah Brazil.
Kemarau teruk itu menjejaskan dua sektor utama negara – kuasa elektrik hidro di mana Brazil bergantung kepada system itu untuk dua pertiga kapasiti bekalan elektriknya, dan pertanian di mana ia dalam proses pulih daripada kesan Covid-19 tahun lalu.
Dan setakat ini tidak ada tanda menunjukkan hujan akan turun.
Pakar berkata kemarau di selatan Brazil kebanyakannya berpunca daripada fenomena La Nina, suhu di Lautan Pasifik.
“Kita berdepan musim kemarau yang secara realitinya akan berlaku selama setahun setengah hingga dua tahun,” kata profesor Institut Tenaga dan Alam Sekitar Universiti Sao Paulo Luiz Cortes.
Di tengah Brazil, kemarau berlaku akibat kemusnahan hutan Amazon, kata pakar.
Kemusnahan itu menyebabkan hujan berkurangan sejak hampir sedekad.
Masalah itu adalah sebahagian daripada isu perubahan iklim yang lebih besar, kata Cortes. – AFP, 10 Jun, 2021.
Komen