Pengarang Perancis Emmanuel Carrere menang hadiah sastera paling tinggi Sepanyol


Sepanjang kehidupannya sebagai pengarang selama hampir 40 tahun, Carrere telah mereka banyak karya berdasarkan penerokaan diri, yang sering menceritakan kembali kehidupan orang lain. – Gambar EPA, 9 Jun, 2021.

PENGARANG terkenal Perancis, Emmanuel Carrere dianugerahkan Princess of Asturias yang berprestij di Sepanyol pada Rabu, anugerah terpenting dalam dunia berbahasa Sepanyol.

Carrere, yang terkenal dengan “autofiksi” di mana pengarang menulis fiksyen kehidupan mereka sendiri, terkenal dengan pelbagai  buku termasuk “L’adversaire” (The Adversary, 2000), “Un Roman Russe” (My Life as a Russian Novel, 2007) dan memoir hit terbaharunya, “Yoga”.

Semasa menganugerahkan hadiah, juri memuji penulis skrip dan pengarah asal Paris berusia 63 tahun itu atas “karyanya yang sangat peribadi yang membuka ruang baharu untuk ekspresi, mengaburkan batas antara realiti dan fiksyen.”

Sepanjang kehidupannya sebagai pengarang selama hampir 40 tahun, Carrere telah mereka banyak karya berdasarkan penerokaan diri, yang sering menceritakan kembali kehidupan orang lain.

Begitulah dengan “L’adversaire” yang berdasarkan kehidupan Jean-Claude Romand, seorang Perancis terkenal yang membunuh ibu bapa, isteri dan anak-anaknya setelah bertahun-tahun berpura-pura menjadi doktor yang berjaya. – AFP, 9 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen