DAGING mentah, yang dianggap sebagai mudah hadam, selain kaya dengan nutrien untuk anjing dan kucing peliharaan, bukan sahaja membahayakan makhluk itu, malah diri anda juga, kata laporan yang dikeluarkan hari ini.
Tahap bakteria dan parasit yang membimbangkan itu dibuktikan melalui kajian di beberapa pasar raya di Belanda yang menjual produk daging mentah beku, kata kajian yang dilaporkan dalam jurnal Vet Record.
Patogen yang disebut termasuklah bakteria seperti E. coli, Salmonella dan Listeria yang boleh mencetus jangkitan ringan atau teruk, selain parasit Toxoplasma gondii yang dalam kes-kes tertentu, boleh menyebabkan toksoplasmosis terhadap otak dan merosakkan mata.
“Jelas RMBD (diet berasaskan daging mentah) komersil boleh tercemar oleh pelbagai bakteria zootonik dan parasitik patogen,” tulis pengarang kajian itu.
Patogen seperti itu boleh memberi penyakit kepada binatang, malah boleh memberi ancaman besar terhadap manusia yang menyentuh atau berdekatan dengan binatang yang menjilat tubuh badan manusia.
Dari lapan jenama yang dikaji terhadap 35 jenis makanan mentah itu, lapan (23%) terdapat E. coli yang membahayakan manusia manakala lebih separuh lain dikaji terdapat Listeria dan satu dari lima terkandung Salmonella. – AFP, 12 Januari, 2018.
Komen