Ong Ka Chuan tidak bertanding PRU14


Ahli Parlimen Tanjong Malim, Ong Ka Chuan berkemungkinan besar diganti oleh Pengerusi MCA Perak Dr Mah Hang Soon. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Januari, 2018.

SETIAUSAHA Agung MCA dan Ahli Parlimen Tanjong Malim, Ong Ka Chuan, tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi MCA Perak dan Adun Chenderiang Dr Mah Hang Soon mungkin menggantikan Ong sebagai pilihan parti untuk kerusi itu.

“Beliau sudah memaklumkan kepada presiden untuk membenarkan calon baru bertanding. Kecuali parti itu masih perlukan khidmatnya, beliau sentiasa bersedia,” sumber yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan kepada The Malaysian Insight.

Ong, yang merupakan menteri kedua bagi perdagangan antarabangsa dan industri, mengekalkan Tanjong Malim dengan majoriti tipis sebanyak 4,328 undi pada 2013.

Kerusi yang mempunyai 64,499 pengundi berdaftar terdiri daripada 53% Melayu, 27% Cina dan 14% India.

Pada pilihan raya 2008, Ong memenangi Tanjong Malim dengan majoriti 5,422 undi pada 2008.

Ong, 64, adalah Adun Chenderiang sejak 1986 hingga 2004.

Beliau hanya kalah pada pilihan raya 2004, ketika bertanding di Batu Gajah dan kalah kepada calon DAP Fong Poh Kuan.

MCA hanya memenangi tujuh daripada 37 kerusi Parlimen dan 11 daripada 90 kerusi negeri yang dipertandingkan pada 2013.

Beliau dilantik sebagai menteri perumahan dan kerajaan tempatan pada 2008 selepas memenangi Tanjong Malim.

Beliau digugurkan daripada Kabinet tahun berikutnya. Ong bertanding bagi jawatan timbalan presiden MCA tahun itu tetapi kalah kepada Chua Soi Lek dan dilucutkan sebagai setiausaha agung parti. – 12 Januari, 2018.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • tolak ansur serta beri peluang kepada calon yg lebih baik merupakan satu langkah yg bagus..pastinya khidmat beliau amat dihargai..

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amer Farid · Ulasan

  • Tak bertanding lebih baik dpd kalah

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Leslie Chan · Ulasan