-2.jpg)
PANDEMIK Covid-19 telah memaksa semua untuk beralih kepada pelbagai amalan berasaskan teknologi digital demi kemandirian, walaupun usaha Malaysia ke alam digital dimulakan dengan Penubuhan Koridor Raya Multimedia (MSC) sebagai langkah pertama dalam transformasi ini.
Maka peralihan tidak dapat melonjakkan negara dari segi daya cipta, kecekapan ataupun pendapatan tinggi yang dapat dicapai dengan pendigitalan.
Piawaian dan amalan transaksi tanpa tunai perlu ditambah baik sebagai insentif untuk penggunaan teknologi digital dalam amalan kerjaya dan kehidupan.
Masih ada urusan bayaran di talian ataupun tanpa tunai dikenakan caj-caj transaksi yang tinggi yang menghakis margin keuntungan peniaga, tidak mendorong peniaga-peniaga menggunakan mod tanpa tunai.
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia tidak boleh memberi alasan bahawa bank-bank komersial tidak dikawal amalan-amalan pasaran. Kadar transaksi kad kredit dan kad debit telah dihadkan di Kesatuan Eropah.
Penggunaan bayaran tanpa tunai telah melonjak baik berbanding dengan sedekad yang dulu dan kadar transaksi pada 2% hingga 3% daripada nilai barangan yang dijual memberi pendapatan yang terlampau besar kepada pihak-pihak yang mengendalikan bayaran tanpa tunai.
Perkara ini telah ditegur oleh persatuan pengguna sejak negara mempromosikan teknologi digital.
Maka YB Menteri Kewangan harus memahami amalan yang adil dan perlindungan pengguna dari terus bekerja untuk bank-bank yang terus mengaut keuntungan walaupun di masa wabak Covid-19.
Mengapakah urusan tambah nilai kepada kad tunai (cash card) seperti Touch ’n Go masih dikenakan caj tanpa-nilai?
Masih ada peniaga dan pasaraya yang mengenakan nilai belian minimum untuk membenarkan penggunaan bayaran tanpa tunai.
Sebagai dukungan kepada ekonomi digital capaian jalur lebar adalah amat asas dan perkhidmatan komunikasi dan multimedia harus diisytiharkan sebagai keperluan asas semua pengguna dengan menetapkan garis masa untuk mencapai 100% isi rumah mendapat capaian kepada jalur lebar. – 9 Jun, 2021.
* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.
Komen