KEPALA penjenayah Jepun yang telah bersara ditahan di Thailand, langsung menamatkan pencariannya sejak lebih 14 tahun lalu.
Dia dikesan selepas tatu “yakuza” dan gambar jarinya yang putus tular di media sosial.
Shigeharu Shirai, 72, ditahan oleh pasukan SWAT pada Rabu di pasar Lopburi, Thailang ketika dia sedang membeli belah.
Pada 2003, pihak berkuasa Jepun memulakan pencarian untuk menangkap Shigeharu atas dakwaan terlibat dalam tembak menembak sesama kumpulan musuhnya di Jepun.
Sejak itu, dia melarikan diri ke Thailand dan berkahwin dengan rakyat tempatan di sana memulakan hidup baharu.
Bagaimanapun, ia tak bertahan lama apabila penduduk tempatan Thailand mula memuat naik beberapa gambar beliau yang sudah berusia itu sedang bermain permainan dam, selain gambar penuh tatu terpampang dan beberapa jari yang “hilang.”
Anggota yakuza memotong terkenal dengan aksi memotong jari sendiri sebagai tanda menebus kesalahan.
Gambar-gambar yang dimuat naik itu dikongsi lebih 10,000 kali sehingga menarik perhatian polis Jepun, yang kemudiannya memohon pihak berkuasa Thailand menyiasat.
“Suspek mengaku dia adalah pemimpin cabang Yakuza dikenali sebagai Kodokai,” kata jurucakap polis Thailand, Jeneral Wirachai Songmetta.
Sejarah yakuza bermula selepas perang Jepun yang dengan cepat menjadi organisasi jenayah bernilai berbilion dolar yang meliputi perjudian, dadah, pelacuran, selain Ah Long, wang perlindungan dan juga jenayah kolar putih.
Pun begitu, kumpulan-kumpulan yakuza agak diterima ramai, malah dianggap sebagai “kejahatan yang diperlukan” bagi mengekalkan ketenteraman kerana cepat bertindak, walaupun cara yang digunakan sangat meragukan.
Berbeza dengan Mafia Itali atau kongsi gelap China, yakuza bukanlah kumpulan haram. Malah, setiap kumpulan mempunyai ibu pejabat sendiri yang sentiasa berada di bawah pemerhatian polis.
Shigeharu Shirai dituduh menembak ketua kumpulan musuhnya yang mana tujuh anggota kumpulan Shigeharu ditahan dan dipenjarakan selama 12 dan 17 tahun.
“Suspek tidak mengaku membunuh tetapi mengaku yang mangsanya itu membulinya,” kata tambah jurucakap polis Thai itu. – AFP, 12 Januari, 2018.
Komen