Indonesia catat 6,294 kes baharu Covid-19 


Indonesia memulakan program vaksinasi Covid-19 pada 13 Januari yang mana lebih 17.7 juta penduduk menerima dos pertama vaksin, manakala lebih 11.1 juta lengkap dos kedua.– Gambar EPA, 9 Jun, 2021.

INDONESIA menyaksikan tambahan 6,294 jangkitan Covid-19 baharu, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan sejak permulaan pandemik pada bulan Mac, 2020 kepada 1,869,325, menurut data yang dimuatnaik di laman twitter rasmi Agensi Pengurusan BencanaNasional Indonesia @BNPB_Indonesia.

Jumlah pesakit yang pulih daripada jangkitan virus itu meningkat 5,805, iaitu kepada 1,717,370, sementara jumlah kematian meningkat 189 menjadi 51,992.

Lebih 17.7 juta penduduk Indonesia telah menerima dos pertama vaksin Covid-19, manakala lebih 11.1 juta telah lengkap dos kedua.

Indonesia memulakan program vaksinasi pada 13 Januari, menggunakan vaksin Sinovac, AstraZeneca dan Sinopharm. – Bernama, 9 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen