2 remaja Palestin maut ditembak tentera Israel


Pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada 6 Disember, membangkitkan kemarahan penduduk Palestin dan menyaksikan. – Gambar fail EPA, 12 Januari, 2018.

DUA remaja Palestin ditembak mati dalam pertempuran dengan tentera Israel pada Khamis, ketika ketegangan terhadap perisytiharan Baitulmaqdis oleh Presiden Donald Trump, kata sumber rasmi Palestin.

Amir Abu Musaid, 16, ditembak di dada berhampiran pagar sempadan timur kem Al-Bureij di tengah Gaza, umum Kementerian Kesihatan, berikutan bantahan terhadap pengumuman kontroversi Trump terhadap Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Tentera Israel berkata puluhan warga Palestin terlibat dalam “rusuhan” di sepanjang sempadan, membaling batu dan membakar tayar. Kenyataan itu berkata dua Palestin yang lain cedera dalam pertempuran.

Ia berkata melepaskan tembakan kerana mangsa “membahayakan pasukan kami”.

Sebelum itu, seorang remaja lain ditembak di kepala dalam pertempuran dekat bandar Nablus di Tebing Barat yang diduduki.

Ahli keluarga mengenalinya sebagai Ali Omar Qino, 16. Tentera Israel belum mengulas mengenai insiden kedua.

Ia berlaku ketika tentera Israel meneruskan pencarian di kawasan sekitar Nablus selepas rabi Israel Raziel Shevah ditembak mati berhampiran bandar pada Selasa oleh penyerang tidak diketahui.

Seramai 16 rakyat Palestin dan seorang Israel terbunuh sejak pengisytiharan Trump pada 6 Disember, yang membangkitkan kemarahan penduduk Palestin.

Dilaporkan 14 warga Palestin terbunuh dalam pertempuran, sementara dua orang terbunuh dalam serangan udara Israel ke atas Gaza sebagai tindak balas terhadap serangan roket.

Tidak jelas sama ada serangan tembakan terhadap Israel atau kejadian pada Khamis di Palestin berhampiran Nablus berkaitan dengan perisytiharan Trump. – AFP, 12 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen