SEBUAH syarikat swasta Arab Saudi pada Khamis membuka ruang pameran kereta khas untuk wanita sahaja yang merupakan pertama seumpamanya, lima bulan sebelum keputusan membenarkan wanita memandu berkuatkuasa.
Ruang pameran itu dibuka di pusat membeli-belah di Jeddah untuk membolehkan kaum wanita di sana memilih kereta mereka sendiri dengan bebas.
Dalam keputusan bersejarah pada akhir tahun lalu, Raja Salman memberi kebenaran kepada wanita di Arab Saudi memandu, menghapuskan pengharaman hampir tiga dekad dengan alasan agama.
Bilik pameran ini menawarkan pelbagai pilihan kenderaan daripada pelbagai jenama dan dikendalikan oleh wanita sahaja.
Ia juga menyediakan wanita dengan kemudahan pembiayaan yang disediakan bank-bank dan syarikat kewangan terkemuka.
Syarikat itu turut merancang membuka lebih banyak ruang pameran kereta untuk wanita di negara yang kaya dengan hasil minyak itu. – AFP, 12 Januari, 2018.
Komen