Banyak restoran lama KL mungkin ditutup sebab PKP


Noel Achariam Elill Easwaran

Kebanyakan pengusaha restoran di ibu negara mengeluh berikutan perniagaan mereka kian merosot sepanjang pandemik Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 Jun, 2021.

PENGUSAHA restoran yang telah beroperasi sejak berdekad lamanya di Kuala Lumpur bimbang kerana perniagaan mereka kian merosot sepanjang pandemik Covid-19.

Mereka risau dengan sekatan pergerakan berpanjangan ini akan membuat mereka tidak ada pilihan lain selain menutup perniagaan mereka, seperti nasib yang menimpa Coliseum Cafe di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang tutup pada Mac tahun lalu, setelah beroperasi selama 99 tahun.

The Malaysian Insight mengunjungi tiga restoran popular di Kuala Lumpur, yang menyajikan makanan kegemaran rakyat Malaysia malah semua pemiliknya berkata perniagaan sangat suram ketika ini.

Restoran Yut Kee di Jalan Kamunting telah beroperasi sejak 1929 dan terkenal dengan ayam Hainan dan roti gulung.

Nasi Kandar Penang Kudu Bin Abdul di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang mula beroperasi pada 1969 menyajikan makanan istimewa seperti ayam sambal bawang, ayam merah dan ayam madu.

Manakala di Brickfields, restoran Sri Paandi Chettinad Banana Leaf telah wujud sejak 1984.

Para pemilik memberitahu The Malaysian Insight mereka masih bertahan sekarang, namun bimbang sumber mereka habis malah risau tidak dapat bayar sewa, gaji pekerja dan bil utiliti yang kini menjadi beban utama mereka.

Malaysia dalam sekatan pergerakan ketiga sejak bulan lalu dengan ianya diperketatkan lagi bermula 1 hingga 14 Jun ini, bagi memerangi peningkatan harian jangkitan Covid-19. Hanya sektor perkhidmagan penting sahaja dibenarkan beroperasi dalam tempoh ini.

Restoran dan kedai makanan lain dibenarkan beroperasi tetapi hanya untuk penghantaran, tetapi makan malam di premis tidak dibenarkan. Ini, kata pengusaha restoran, menyebabkan mereka rugi sekitar 70 peratus.

Sekatan pergerakan terkini ini, sama seperti dikenakan pertama kali pada Mac 2020, berlaku kerana kes Covid-19 meningkat lebih 9,000 kes dengan jumlah kematian yang tinggi.

The Malaysian Insight bercakap dengan beberapa pemilik restoran yang menjangkakan masa hadapan perniagaan mereka yang akan lebih suram.

Restoran Yut Kee di Jalan Kamunting Kuala Lumpur beroperasi dengan hanya menyediakan makanan bungkus sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Jun, 2021.

Restoran Yut Kee

Pemilik restoran Yut Kee Mervyn Lee memberitahu The Malaysian Insight mereka telah menghabiskan sebahagian besar simpanan mereka sejak pandemik bermula pada 2020.

“Kerugian lebih 70 peratus kami kembali lagi sejak Januari, walaupun kini ada kemudahan penghantaran.

“Kecewa dan risau saya sangat banyak. Saya tak tahu sama ada Yut Kee  akan kekal di sini pada akhir bulan depan atau pada akhir tahun ini.”

Mervyn, pemilik generasi ketiga restoran itu berkata mereka telah mengalami kerugian hingga 90% sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) pertama pada Mac 2020, kerana pelanggan yang makan di restoran mereka adalah penyumbang besar.

“Penjualan kami merosot waktu PKP pertama sebab kami adalah restoran perkhidmatan penuh. Kami tutup selama sebulan dan bila kami guna sistem penghantaran pada Mei, kami tak dapat modal pulangan.

“Pada Jun 2020, makan malam dibenarkan, kami fikir kami sedang pulih. Kemudian ada pula PKP bersyarat Oktober lalu.”

Perniagaan masih suram tahun ini, katanya.

“Kami masih tanggung rugi dan tak pasti berapa lama kami boleh bertahan. Walaupun rugi, kami tetap bayar gaji pokok kepada pekerja dan bagi mereka makanan dan penginapan.”

Mervyn berkata mereka tidak memotong gaji tetapi pemotongan gaji akan dibuat jika keadaan masih tidak berubah..

Yut Kee ditubuhkan pada 1929 di sepanjang Jalan Dang Wangi dan berpindah ke Jalan Kamunting tujuh tahun lalu.

Restoran ini terkenal dengan potongan ayam Hainan di antara hidangan lain selain kek kaya yang sangat mengiurkan.

Pemilik restoran nasi kandar Kudu Bin Abdul, Haja Nordin Bashir berkata pelaksanaan PKP pertama mengejutkan ramai peniaga yang mana tiada yang pernah berdepan situasi seperti itu.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 9 Jun, 2021.

Nasi Kandar Pulau Pinang Kudu Bin Abdul

Pengendali restoran, Haja Nordin Bashir, 52, berkata tiga generasi telah meneruskan perniagaan keluarga sejak beberapa dekad.

“Ayah mertua saya, dari Pulau Pinang, orang buka kedai di sini pada tahun 60-an.

“Ini masih perniagaan keluarga. Dua anak lelaki saya, isteri dan tiga saudara saya yang lain bekerja di sini.”

Nordin berkata, perniagaan mereka sampai 40% sejak PKP pertama tetapi beransur-ansur pulih apabila makan malam dibenarkan.

Katanya perniagaan merosot lagi semasa gelombang kedua pandemik, jadi mereka pun terjejas seperti pengusaha makanan lain.

“PKP pertama tak dijangka, kami terkejut, ini sangat baru bagi kita semua sebab kita tidak pernah lalui macam itu. Kota ini dalam keadaan sekatan pergerakan, sangat mempengaruhi kami semua.

“Ketika makan malam dibenarkan, kami masih tak pulih lagi sebab tempat duduk untuk dua orang semeja untuk jaga penjarakan. Perniagaan tak normal.”

Katanya kini mereka tidak berapa terkesan sangat memandangkan peminat setia nasi kandar mereka sanggup beratur panjang untuk bungkus.

“Tetapi, selepas ini (sekatan pergerakan baharu) saya tak tahu berapa lama kami boleh bertahan. Buat masa ini kami tak risau sangat tapi kita tak tahu apa yang akan berlaku dalam masa terdekat.

“Macam orang lain, kami harap pandemik ini akan berakhir cepat,” katanya.

Restoran Sri Paandi

Pemilik restoran Kumar Alagarsamy berkata perniagaan menyusut lebih banyak pada 2021 berbanding kerugian 30% hingga 40% tahun lalu.

“Penjualan saya hanya 10% waktu sekatan pergerakan ini, malah jika berlanjutan, saya terpaksa tutup terus.

“Kami ada perkhidmatan penghantaran makanan tetapi penjualan saya hanya dua peratus. Ini sebab kami lebih suka pelanggan makan di restoran,” katanya.

Tambahnya memuji restorannya untuk menikmati makanan Chettinad yang segar dimasak, menyebabkan permintaan penghantaran makanan rendah.

Kumar juga berkata had perjalanan sejauh 10 kilometer antara punca lain kenapa perniagaan merosot teruk.

“Sebilangan besar pelanggan saya berasal dari Cheras, Petaling Jaya dan juga Kajang, jadi dengan sekatan ini menyusahkan mereka datang ke kedai saya.

Kumar ada kira-kira 20 pekerja bekerja secara bergilir dengan lima hingga enam dalam setiap hari.

“Kami kekal gaji pekerja, bil utiliti dan sewa yang merisaukan. Kalau pandemik berlanjutan, kami mungkin tak ada pilihan selain tutup terus  sebab tak mampu nak bayar semua.”

Kumar mengharapkan lebih banyak bantuan dari kerajaan kerana beliau tidak mahu sampai ke tahap di mana beliau perlu tutup terus perniagaannya yang telah beroperasi sejak beberapa dekad lalu. – 9 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen