Perbicaraan Suu Kyi bermula minggu depan


Aung San Suu Kyi ditahan sejak 1 Februari lalu selepas digulingkan tentera kerana didakwa melakukan jenayah termasuk menipu dalam pilihan raya. – Gambar EPA, 7 Jun, 2021.

PERBICARAAN bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi akan bermula minggu depan, kata peguamnya.

Myanmar mengalami pergolakan sejak Suu Kyi digulingkan tentera pada 1 Februari dengan hampir setiap hari protes jalanan diadakan di seluruh negara.

Hampir 850 orang awam menjadi korban pergolakan politik itu selepas tentera menggunakan kekerasan untuk menghentikan tunjuk perasaan.

Suu Kyi didakwa atas beberapa pertuduhan jenayah termasuk melanggar larangan sekatan pergerakan bagi menentang Covid-19 ketika berkempen dalam pilihan raya tahun lepas.

“Kita akan mendengar kenyataan daripada plaintif dan saksi dalam perbicaraan ini yang dijadualkan bermula 14 Jun,” katanya peguam Min Min Soe.

“Suu Kyi meminta rakyat untuk kekal sihat,” katanya.

Min Soe hanya bertemu Suu Kyi sebanyak dua kali selepas kerajaan junta mengenakan perintah tahanan rumah.

Tentera juga mengancam untuk membubarkan parti Suu Kyi Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD) yang menang besar pada pilihan raya tahun lepas tetapi didakwa berlaku penipuan. – AFP, 7 Jun, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen