Kerajaan lancar program vaksinasi bergerak


Elill Easwaran

Dua pusat vaksinasi bergerak didirikan di perumahan kos rendah PPR Muhibah di Lembah Pantai pagi ini di mana 500 orang dijangka menerima vaksin hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 7 Jun 2021.

PUTRAJAYA hari ini melancarkan program percubaan vaksinasi bergerak di Kuala Lumpur yang mana ia mensasarkan kira-kira15.000 hingga 20.000 vaksinasi sehari pada akhir Julai, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Dua pusat vaksinasi bergerak didirikan di perumahan kos rendah PPR Muhibah di Lembah Pantai pagi ini di mana 500 orang dijangka menerima vaksin hari ini.

“Hari ini adalah projek perintis di mana kami berharap dapat memvaksinasi sekitar 500 orang dalam masa lapan hingga sembilan jam,” kata Annuar.

“Kami berharap dapat memberi vaksin kepada lebih banyak orang apabila lebih banyak trak akan dilancarkan bulan depan jika latihan semasa ini disetujui.”

Beliau berkata, sambutannya baik tetapi pihak berkuasa harus berusaha membendung masalah penjarakan sosial kerana terdapat banyak kesesakan.

Annuar juga menggesa lebih banyak sukarelawan untuk mengambil bahagian dalam program vaksinasi bergerak ini untuk membantu orang tua, terutama mereka yang menggunakan kerusi roda.

Annuar berkata, jumlah trak untuk program ini akan ditingkatkan dengan kelulusan Kementerian Kesihatan.

“Setakat ini kami menggunakan dua trak dan selepas mendapat persetujuan dari Kementerian Kesihatan (KKM), pada 15 Jun kami akan memiliki 10 trak dan seterusnya pada bulan Julai kami menganggarkan untuk memiliki 39 trak.

“Ada tiga jenis vaksinasi bergerak yang akan kita lakukan di mana yang pertama adalah dengan mendirikan khemah, yang lain di dewan serbaguna dan yang ketiga adalah trak bergerak

“Beberapa hari mendatang, saya juga akan menyediakan perkhidmatan ulang-alik percuma sehingga lebih mudah bagi mereka yang tinggal berdekatan untuk bergerak,” katanya.

Bagi warga PPR Zamanah Hijub, 60, berkata, prosesnya sangat lancar dan mudah terutama bagi warga emas.

“Saya lebih suka mereka melakukan vaksinasi bergerak daripada saya pergi ke PPV kerana saya tidak mempunyai kenderaan untuk ke sana.

“Saya menggalakkan semua warga emas dalam komuniti ini untuk mendapatkan vaksin kerana kita tidak tahu bila giliran jika kita menunggu yang kita daftarkan di MySejahtera,” katanya.

Sementara itu, eksekutif jualan Vijeya Ramakrishnan, 42, yang juga ahli jawatankuasa PPR Muhibah berkata dia sangat beruntung mendapat peluang ini kerana dia sudah menunggu lebih dari tiga bulan sejak mendaftar di MySejahtera.

“Ini jauh lebih mudah kerana jika kita mempunyai orang tua yang ingin mendapatkan vaksin, anak mereka harus memohon cuti untuk membawa ibu bapa mereka tetapi dengan adanya program vaksinasi bergerak ini, jiran sendiri dapat membantu orang tua

“Walaupun berusia di bawah 60 tahun, saya terpilih untuk diberi vaksin hari ini kerana saya berada di dalam jawatankuasa kediaman dan kami pergi dari rumah ke rumah untuk mendaftarkan mereka yang dirasakan berisiko tinggi,” katanya.

Elaine Wong, 23, yang membawa ayahnya yang berusia 54 tahun untuk diberi vaksin berkata dia merasa sungguh bertuah kerana ayahnya mendapat vaksin hari ini.

“Saya cuba memujuk ayah untuk AstraZeneca tetapi kami tidak berjaya kerana slot habis dalam masa satu jam

“Sekarang ayah saya diberi vaksin melalui program bergerak ini, saya berasa sedikit bimbang untuknya yang dianggap sebagai individu berisiko tinggi,” katanya

Program perintis dijalankan oleh MyMedic @ Wilayah, dan akan bertempat di PPR Muhibbah di Lembah Pantai selama tiga hingga empat hari. – 7 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen