Tokyo promosi daya tarikan di luar negara


Gunung Fuji kelihatan dari celah-celah bangunan pencakar langit di Tokyo. Kempen menggunakan slogan ‘Tokyo Tokyo Old meets New’ itu mengetengahkan tradisi yang terus terpelihara sejak 400 tahun lepas iaitu sejak zaman Edo, hinggalah ke zaman serba moden sekarang, yang menyaksikan gabungan menarik hasil daripada evolusi yang tidak pernah berhenti. – Gambar EPA, 11 Januari, 2018.

TOKYO Metropolitan Government (TMG) sedang mengadakan kempen bagi mempromosi keistimewaan dan keindahan Tokyo di luar negara serta menonjolkan imej ibu negara Jepun ini sebagai  destinasi pelancongan menarik ke seluruh dunia.

TMG dalam  kenyataannya berkata kempen menggunakan slogan ‘Tokyo Tokyo Old meets New’ itu mengetengahkan tradisi yang terus terpelihara sejak 400 tahun lepas iaitu sejak zaman Edo, hinggalah ke zaman serba moden sekarang, yang menyaksikan gabungan menarik hasil daripada evolusi yang tidak pernah berhenti.

Mesej utama kempen yang bermula 1 Januari itu, ‘Every Moment Is History, Where Will You Find Yourself Next?’ di sebarkan di lapangan terbang serta melalui bas dan pelbagai media, termasuk majalah.

Menurut kenyataan itu, perkataan ‘Tokyo’ dalam slogan tersebut diulang dua kali untuk memberi penekanan terhadap imej dan identiti Tokyo, di mana tradisi dan inovasi wujud secara seiring.

Sebagai bandar raya yang akan menjadi tuan rumah Sukan Olimpik 2020 dan Sukan Paralimpik, Tokyo berusaha gigih untuk menarik lebih ramai pengunjung ke bandar raya ini. – Bernama, 11 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen