Pesawat Kamala Harris mendarat cemas ekoran masalah teknikal


Naib Presiden AS Kamala Harris tiba semasa tiba di lapangan terbang tentera udara Guatemala semalam. – Gambar AFP, 7 Jun, 2021.

PESAWAT dinaiki Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris dipaksa mendarat cemas selepas mengalami masalah teknikal sebaik berlepas ke Guatemala semalam.

“Saya baik-baik sahaja,” Harris memberitahu pemberita selepas mendarat di Pangkalan Tentera Udara Andrews di Washington.

Jurucakap Harris, Symone Sanders, berkata naib presiden itu kemudian menaiki pesawat lain ekoran pesawat asal menghadapi masalah teknikal.

“Cuma masalah teknikal, tiada masalah besar berkaitan keselamatan,” kata Sanders.

Seorang wartawan yang menyertai penerbangan tersebut melaporkan mereka mendengar bunyi pelik dari peralatan pendaratan sebaik sahaja pesawat Air Force Two berlepas. Pendaratan cemas bagaimanapun berjalan dengan lancar, katanya.

Ini merupakan lawatan antarabangsa pertama Harris, sebagai wakil Presiden Joe Biden, dalam usaha menangani isu pendatang dari Guatemala ke AS. – AFP, 7 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen