PUTERA Harry dan isterinya Meghan Markle semalam umum kelahiran anak perempuan mereka Lilibet Diana.
Anak kedua pasangan itu dilahirkan di sebuah hospital di Santa Barbara, California di Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu, selepas setahun konflik tercetus dalam kalangan keluarga kerabat diraja Britain.
“Lili diberi sempena nama panggilan moyangnya, Ratu Elizabeth, iaitu Lilibet. Nama tengahnya iaitu Diana dipilih sempena menghargai mendiang neneknya yang tersayang, Puteri Wales,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pasangan itu.
“Ibu dan bayi dalam keadaan sihat dan berada di rumah.”
Lili berada di tempat kelapan dalam senarai perwarisan takhta keluarga diraja Britain.
Harry dan Megan, yang dikenali sebagai Duke dan Duchess of Sussex, menetap di bandar Los Angeles selepas memutuskan untuk mengundurkan diri daripada menjadi anggota kanan dalam kerabat diraja Britain pada awal tahun lalu.
Dalam temubual bersama Oprah Winfrey pada Mac lalu, pasangan itu mendakwa wujud perkauman dalam sistem monarki itu itu, sehingga mendorong mereka berpindah ke Amerika Utara.
Bapa Meghan berkulit putih, manakala ibunya berkulit hitam.
Bekas pelakon itu memberitahu Oprah beliau belum cukup bersedia bersedia untuk hidup dalam keluarga diraja dan pernah menimbang untuk membunuh diri ketika mengandungkan anak pertama mereka , Archie.
Harry bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai masalah dengan datuk dan neneknya. – AFP, 7 Jun, 2021.
Komen