30 kluster baharu Covid-19 dikesan


Raevathi Supramaniam

Jumlah kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini kepada 713.– Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Jun, 2021.  

SEBANYAK 30 kluster baharu Covid-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kluster aktif di negara ini kepada 713.

18 daripadanya adalah kluster baharu yang berpunca dari tempat kerja, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Kluster berkenaan adalah:

1. Jalan Silat Harimau 21 di Johor Bahru, Johor (12)
2. Jalan Bertam 23 di Johor Bahru, Johor (6)
3. Jalan Teknologi Perintis Dua di Johor Bahru, Johor (15)
4. Jalan Kebun Sayur di Muar, Johor (55)
5. Jalan Parit Haji Zain di Muar, Johor (33)
6. Ladang Tereh di Klang, Johor (25)
7. Taman Aman di Kluang dan Batu Pahat, Johor (17)
8. Jalan Utama di Sandakan, Sabah (15)
9. Sawit Kinabatangan di Kinabatangan, Sabah (29)
10. Jalan Ketiau Tombovo di Putatan, Sabah (9)
11. Persiaran Bak 26 di Petaling dan Klang, Selangor (30)
12. Jalan Baja Enam Belas di Kuala Langat, Selangor (22)
13. Sri Cemerlang di Kota Bahru dan Pasir Mas, Kelantan (17)
14. Industri Chain Ferry di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang (25)
15. Hilir Sungai Kluang Tiga di Barat Daya, Timur Laut dan Seberang Perai Utara, Pulau Pinang (71)
16. Industri Bukit Nian di Alor Gajah, Melaka (41)
17. Dah Saga di Kota Setar, Pendang dan Sik, Kedah (42)
18. Jalan Alamanda Dua di Putrajaya, Hulu Langat, Petaling dan Sepang, Putrajaya (8).

Selain kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti turut dilaporkan.

Kluster komuniti berkenaan adalah:

1. Gusi di Papar, Sabah (25)
2. Tamalang di Kota Belud, Sabah (27)
3. Murni C in Nabawan dan Penampang, Sabah (22)
4. Bukit Jong di Machang dan Kota Bharu, Kelantan (13)
5. Kampung Bakong di Pasir Mas, Kelantan (8)
6. Kampung Jejawi di Pasir Mas, Kelantan (7)
7. Jaya Gading di Kuantan, Pahang (53)

Dua kluster pendidikan turut dilaporkan. 

Kluster Jepun Kasturi Satu di Hulu Langat, Selangor melibatkan 15 kes, manakala kluster pendidikan Behrang Station melibatkan institusi pengajian tinggi di Muallim, Perak yang melaporkan 37 kes. 

Kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi turut dilaporkan di Bukit Gasing, Petaling, Selangor manakala kluster keagamaan dilaporkan di Jasin dan Melaka Tengah di Melaka. 

Satu kluster berkait depoh tahanan dilaporkan di Pagar Jalan Sultanah di Mersing, Johor. – 6 Jun, 2021.
 
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen