KERAJAAN Amerika Syarikat pada Sabtu berkata ia akan berhenti mendapatkan rekod telefon, e-mel secara rahsia berkaitan politik, mengakhiri amalan yang dikritik sebagai merendahkan kebebasan media.
The New York Times minggu ini melaporkan, sepanjang pemerintahan Donald Trump dan kini Joe Biden, Jabatan Keadilan menentang secara terbuka melalui mahkamah akses e-mel empat wartawannya dalam mencari sumber kebocoran maklumat.
Jabatan Kehakiman berkata dalam satu kenyataan ia “dalam perubahan - (ia) tidak akan menuntut proses undang-undang dalam siasatan kebocoran untuk mendapatkan maklumat dari anggota media.”
Tambahnya, ia “telah selesai menyemak bagi menentukan semua perkara di mana Jabatan mempunyai tuntutan tertangguh dari wartawan dalam siasatan kebocoran maklumat.
“Semua wartawan yang terlibat telah diberitahu.”
Setiausaha akhbar Rumah Putih Jen Psaki berkata “pengeluaran subpoena kepada wartawan dalam siasatan yang terbocor tidak selaras dengan dasar presiden.”
Bulan lalu, CNN melaporkan pentadbiran Trump secara rahsia telah mencari dan mendapatkan rekod telefon dan e-mel salah seorang wartawannya. – Gambar AFP, 6 Jun, 2021.
Komen