WARGA Peru berhadapan pilihan antara populis haluan kanan Keiko Fujimori dan haluan kiri Pedro Castillo dalam pemilihan presiden baharu pada Ahad, dalam pertembungan panjang politik negara itu.
Pemimpin yang dilantik perlu selesaikan krisis ekonomi dan pandemik yang teruk dengan kadar kematian paling teruk dalam dunia dengan 184,000 kematian dalam penduduk berpopulasi 33 juta itu.
Setelah empat presiden dalam tiga tahun terakhir ini, selain tujuh dari 10 pemimpin terakhir telah disabitkan atau disiasat kerana rasuah, warga Peru sekali lagi akan memilih pemimpin baharu mereka untuk mengakhiri pergolakan politik terbaharu itu.
Ketika ribut politik memuncak pada November tahun lalu, Peru bertukar sebanyak tiga presiden dalam lima hari.
Dua juta warga Peru hilang kerja sejak pandemik dan hampir satu pertiga rakyatnya kini hidup dalam kemiskinan, menurut angka rasmi.
Fujimori, 46, dan Castillo, 51, membuat kejutan ketika mendapat dua tempat teratas pada pusingan pertama pengundian pada April.
Sekarang pengundi perlu memilih dua jenis corak penyelesaian ekonomi dan politik yang sama sekali bertentangan.
Dalam tinjauan terbaharu, Castillo mendaoat dua mata peratusan lebih namun 18 peratus penduduk masih belum membuat keputusan di negara itu di mana pengundian adalah wajib.
Fujimori, anak perempuan bekas presiden Alberto Fujimori yang dihina dan dipenjara mewakili model ekonomi pemotongan cukai neoliberal dengan usaha meningkatkan aktiviti swasta bagi menjana pekerjaan.
Guru sekolah kesatuan sekerja Castillo pula telah berjanji untuk memiliknegarakan industri penting, menaikkan cukai, menghapuskan pengecualian cukai dan meningkatkan undang-undang negara.
Benteng Fujimori adalah ibu kota Lima, sementara benteng Castillo adalah kawasan pedalaman.
“Kami muak selalu diperintah oleh orang sama, kami ingin Peru berubah,” kata Martha Huaman, 27, penjual buah di Tacabamba, di wilayah Cajamarca tempat Castillo menetap, kepada AFP.
“Bagi kami itu semua mimpi, kali ini adalah kebangkitan, kami sangat senang bersama” Castillo, kata paderi Victor Cieza Rivera, yang gerejanya dihadiri oleh isteri calon presiden Lilia Paredes.
Tacabamba dan kampung-kampung lain di Cajamarca penuh dengan poster menyokong Castillo, yang mendahului pusingan pertama pengundian. – AFP, 6 Jun, 2021.
Komen