6,241 kes Covid-19, Selangor kekal tertinggi 


Raevathi Supramaniam

Ujian saringan Covid-19 secara percuma dijalankan di Kuala Lumpur bagi mengesan kes jangkitan virus berkenaaan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 6 Jun, 2021.

MALAYSIA merekodkan sedikit penurunan kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lalu, dengan 6,241 kes jangkitan baharu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata jumlah kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 seluruh negara kepada 616,815 kes.

Selangor terus mencatatkan kes tertinggi dengan 2,178 kes, diikuti Sarawak (600) dan Johor (565).

Bagi negeri lain 305 kes direkodkan di Sabah, 415 (Kuala Lumpur), 271 (Pulau Pinang), 270 (Kelantan), 556 (Negeri Sembilan), 174 (Perak), 125 (Kedah), 224 (Melaka), 155 (Pahang), 158 (Terengganu) dan 212 (Labuan).

30 kes dilaporkan di Putrajaya, meningkat berbanding 12 kes semalam, manakala Perlis melaporkan dua kes baharu.

Setakat semalam, 1,128,738 telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

2,364,455 orang menerima dos pertama, menjadikan jumlah keseluruhan dos vaksin yang diagihkan di negara ini kepada 3,493,193. – 6 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen