2 dron ditembak jatuh di pangkalan tentera AS


Sistem pertahanan udara AS C-RAM diaktifkan untuk menembak dron tersebut yang memasuki ruang udara pangkalan Ain al-Assad dekat barat Iraq. – Gambar EPA, 6 Jun, 2021.

DUA buah dron ditembak jatuh ketika melewati sebuah pangkalan yang menempatkan tentera Amerika Syarikat (AS) di Iraq.

Sistem pertahanan udara AS C-RAM diaktifkan untuk menembak dron tersebut yang memasuki ruang udara pangkalan Ain al-Assad dekat barat negara itu.

Kejadian itu berlaku sebulan selepas pangkalan tentera yang sama menjadi sasaran serangan sebuah dron bersenjata.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan pihak yang melancarkan dron itu.

Beberapa jam sebelum itu, sebuah roket ditembak jatuh di lapangan terbang Baghdad.

Namun kejadian itu tidak menyebabkan sebarang kemalangan jiwa. – AFP, 6 Jun, 2021.    


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen