SERAMAI 13 tetamu majlis perkahwinan maut di Sokoto di Nigeria selepas bot yang membawa mereka karam, kata pihak berkuasa.
Seminggu lalu, 150 individu hilang dalam satu lagi nahas bot.
Bot itu membawa 18 penumpang pulang dari satu majlis perkahwinan di Shagari, ketika ia terbalik dalam insiden pada Jumaat.
“Seramai 13 orang dalam perjalanan dari Dorowa ke kampung Ginga meninggal dunia dalam insiden bot karam,” kata jurucakap kerajaan Sokoto Muhammad Bello.
Semua penumpang adalah sekeluarga yang menuju pulang ke rumah selepas majlis perkahwinan, kata wakil rakyat Maidawa Kajiji.
“Bot itu kecil tetapi membawa 18 penumpang, dengan hanya lima yang terselamat dan dapat diselamatkan,” kata Kajiji. – AFP, 6 Jun, 2021.
Komen