Premis hiburan kendalian syarikat asing dibenarkan beroperasi di China 


Sebelum ini premis hiburan berkenaan hanya dibenarkan beroperasi di zon perdagangan bebas Shanghai pada 2013 dan di zon perdagangan bebas Fujian pada 2015.– Gambar EPA, 5 Jun, 2021.

PREMIS hiburan yang dikendalikan sepenuhnya syarikat atau rakyat asing dibenarkan beroperasi di semua wilayah China, memetik “Notis Pengemaskinian Pengesahan Untuk Premis Hiburan dan Premis Perkhidmatan Pelayaran Internet” yang diumumkan Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan China baru-baru ini.

Langkah itu dilihat penting yang mencerminkan bahawa industri perkhidmatan China yang semakin terbuka selain untuk memenuhi peningkatan permintaan rakyat tempatan terhadap kebudayaan bermutu tinggi, di samping menggalakkan persaingan sihat industri hiburan di negara ini.

Sebelum ini premis hiburan itu hanya dibenarkan beroperasi di zon perdagangan bebas Shanghai pada 2013 dan di zon perdagangan bebas Fujian pada 2015.

Felow penyelidik Institusi Hubungan Antarabangsa Moden China, Chen Fengying menyatakan, langkah China membuka pintu kepada pelabur asing dengan membenarkan premis hiburan milik asing beroperasi susulan pendekatan negara ini yang lebih terbuka dalam sektor perkhidmatan.

Pelaburan asing dalam kontrak membabitkan sektor perkhidmatan di China merangkumi 78.8 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini. – Bernama, 5 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen