Turki tekad kembalikan keamanan berpanjangan di Syria 


Menteri Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata negaranya mahu membantu Syria dalam melindungi kedaulatan wilayahnya selain mengadakan pilihan raya yang demokrasi di negara itu. – Gambar EPA, 11 Januari, 2018.

MENTERI Luar Turki Mevlut Cavusoglu berkata, Turki tekad untuk mengembalikan kestabilan dan keamanan yang berpanjangan di Syria, lapor agensi berita Turki Anadolu (AA). 

Cavusoglu berkata demikian ketika memberikan taklimat kepada jawatankuasa hal ehwal luar pada Rabu, berhubung penilaian dasar luar Turki terhadap Syria bagi tahun 2017.

Selain itu katanya, Turki mahu membantu Syria dalam melindungi kedaulatan wilayahnya selain mengadakan pilihan raya yang demokrasi di negara itu.

“Saya harap kita boleh mengambil langkah-langkah yang perlu untuk menyelesaikan isu itu pada 2018,” katanya.

Syria dibelenggu kemelut perang saudara sejak 2011, selepas regim Assad cuba melancarkan operasi menghapuskan pemberontak pro demokrasi di negara itu.

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, sejak itu ratusan ribuan orang terkorban dan lebih 10 juta yang lain terpaksa berpindah. – Bernama, 11 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen