AMERIKA Syarikat mengumumkan lebih AS$266 juta bantuan kemanusiaan akan disalurkan kepada Afghanistan untuk kegunaan negara itu mengekang penularan pandemik Covid-19.
Langkah itu dibuat ketika AS mengundurkan tenteranya daripada negara itu.
“Memandangkan Amerika Syarikat menarik keluar pasukan tentera dari Afghanistan, komitmen kami adalah jelas,” kata duta kanan AS Antony Blinken.
“Kami meneruskan penglibatan dengan diplomatik, ekonomi dan bantuan penuh kami untuk menyokong masa depan yang aman dan stabil yang diinginkan oleh rakyat Afghanistan.”
Bantuan berkenaan untuk kegunaan seperti peralatan perlindungan peribadi, tempat perlindungan, makanan, kesihatan dan khidmat penjagaan kebersihan yang berkaitan pandemik Covid-19.
Ia juga bagi menyediakan perlindungan kepada golongan terdedah di Afghanistan termasuk wanita dan kanak-kanak. – AFP, 4 Jun, 2021.
Komen