Mengapa kami bukan perkhidmatan penting, soal pusat perubatan tradisional 


Bernard Saw

Pengusaha pusat perubatan tradisional mempersoalkan mengapa mereka tidak tersenarai dalam perkhidmatan penting untuk beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh. – Gambar EPA, 5 Jun, 2021.

KEMENTERIAN Kesihatan perlu menjelaskan mengapa pusat perubatan tradisional dan pelengkap (TCM) tidak tersenarai di bawah perkhidmatan penting, kata klinik TCM.

Menurut mereka, industri mereka dibenarkan beroperasi di bawah dua perintah kawalan pergerakan sebelum ini (PKP 1.0 dan PKP2.0) namun kini diarahkan untuk tidak beroperasi sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh bermula 1 hingga 14 Jun.

Pemimpin dewan perdagangan perubatan Cina memberitahu The Malaysian Insight, TCM perlu disertakan dalam senarai keperluan penting dan dibenarkan beroperasi kerana menyediakan keperluan penjagaan kesihatan.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Tabib dan Perdagangan Ubat Tionghua Malaysia (FCPMDAM) Ting Ka Hua berkata Kementerian Kesihatan tidak pernah mengadakan perbincangan dengan kumpulan TCM.

“Saya berpendapat bahawa memandangkan TCM disahkan melalui perundangan pada tahun 2013 dan menjadi sebahagian daripada sistem perubatan Malaysia, tidak masuk akal untuk mengecualikan TCM.

“KKM perlu menjelaskan sebabnya. Pengamal TCM kami terlibat dalam menyelamatkan nyawa dan bidang perubatan,” kata Ting.

Beberapa pengusaha industri turut mempersoalkan mengapa klinik veterinar dan perkhidmatan optometri dibenarkan beroperasi namun tidak kepada pengamal TCM.

Ting mencadangkan agar kerajaan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) untuk bidang TCM daripada menutup mata dengan mengecualikan industri ini daripada perkhidmatan penting.

“Kamu tidak boleh mengatakan perniagaan tutup, ianya suatu yang tidak masuk akal untuk katakan kamu tidak boleh jumpa doktor.

“Berikan hujah anda, adakah kami tidak cukup profesional? Mengapa kerajaan sebelum ini mengesahkan profesion ini?,” kata Ting. – 5 Jun, 2021.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen