RUNDINGAN antara China dan Amerika Syarikat (AS) berkaitan isu ekonomi dan perdagangan semalam menyaksikan permulaan yang baik.
Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Gao Feng berkata, kedua-dua pihak bersama-sama menyelesaikan beberapa isu penting dalam usaha menjamin perkembangan ekonomi dan perdagangan yang sihat dan mampan.
Menyentuh mengenai perbincangan antara Naib Perdana Menteri China, Liu He dengan wakil perdagangan AS, Katherine Tai dan Setiausaha Perbendaharaan, Janet Yellen kebelakangan ini, Gao berkata, kedua-dua pihak saling bertukar pendapat mengenai hubungan ekonomi dan perdagangan serta situasi makro dan dasar domestik masing-masing mengikut prinsip sama rata dan saling menghormati.
Jelasnya, kedua-dua pihak sepakat untuk mengetepikan percanggahan pendapat demi kepentingan bersama, selain menganggap hubungan China-AS dalam bidang ekonomi dan perdagangan amat signifikan, dan boleh bekerjasama dalam banyak bidang.
Pada fasa seterusnya, China dan AS akan bersama berusaha untuk menyelesaikan isu utama yang dihadapi pihak pengeluar dan pengguna demi manfaat kedua-dua negara dan seluruh dunia. – Bernama, 4 Jun, 2021.
Komen