KOMANDER Pasukan Tentera Udara Amerika Syarikat hari ini mencecam penerbangan pesawat tentera China di wilayah Malaysia dan Taiwan, menyifatkannya sebagai “lebih memburukkan keadaan” dan “menganggu kestabilan”.
Minggu ini, 16 pesawat ketenteraan China melakukan penerbangan di kawasan perairan Borneo menyebabkan pasukan tentera udara Malaysia melakukan pintasan ke atas pesawat berkenaan.
Jeneral Kenneth Wilsbach berkata, aktiviti-aktiviti berkenaan dan peningkatan pencerobohan terhadap zon ruang udara Taiwan “menambah senarai” aktiviti China yang “menganggu kestabilan dan boleh mencetuskan ketegangan” di wilayah tersebut.
“Kita akan jadikan diri kita disalah anggap di wilayah itu jika sebahagian dari aktiviti tersebut dilakukan sedangkan kita tidak seharusnya masuk ke ruang udara negara lain,” kata Wilsbach.
Beijing mendakwa Taiwan sebahagian dari China dan mendakwa pesawatnya terbang di perairan Borneo di Laut China Selatan sebagai latihan rutin serta tidak memasuki ruang udaranya.
Beijing tidak mempedulikan tribunal antarabangsa 2016 yang memutuskan dakwaan sejarah kononnya negara itu memiliki keseluruhan ruang udara Laut China Selatan sebagai satu dakwaan yang tidak mempunyai asasnya.
Wujud kebimbangan di Barat bahawa China yang memiliki kekuatan besar ketenteraan mungkin mengambil semula Taiwan secara paksa. Sejak beberapa bulan lalu, penerbangan pesawat China di kawasan selat itu semakin meningkat dan ia dilihat cuba menekan kemampuan pertahahan udara Taiwan.
“Saya percaya ini strategi China untuk mengundang tindakan daripada pasukan Taiwan dengan memaksa pasukan udara Taiwan memberikan reaksi setiap kali pencerobohan berlaku,” kata Wilsbach.
Berdepan kemampuan ketenteraan China yang meningkat secara dramatic, Wilsbach berkata bahawa pasukan AS juga sedang menggerakkan asetnya di wilayah tersebut bagi menyukarkan negara-negara tersebut menjadi sasaran China.
“Kami sudah mengkaji setiap perkara di wilayah itu dan menganalisis serta menilai kemungkinan beroperasi di lokasi berkenaan.
“Kami mempunyai pangkalan data cukup bagi setiap ruang udara dan ada daripadanya sesuai dengan keperluan kami tetapi banyak juga yang tidak sesuai,” katanya. – AFP, 4 Jun, 2021.
Komen