TINJAUAN mendapati 70% pelajar menunjukkan mereka mahu aktiviti lebih menyeronokkan dan menarik bagi meningkatkan pengalaman pembelajaran dalam talian semasa pandemik Covid-19.
Tinjauan dalam talian Student Voice Matters 2021 oleh perusahaan sosial Project ID dilakukan dari 1 Mac hingga 28 April. Ia menemu ramah 761 pelajar berusia 13 hingga 21 tahun di seluruh negara.
“Ini lebih tinggi berbnding tinjauan tahun sebelum, di mana hanya 37% pelajar melaporkan perkara sama.
“Menurut para pelajar ini, struktur pembelajaran yang lebih jelas dan konsisten terus menjadi keperluan utama, meningkat 56% pada 2021 berbanding 47% pada 2020.
“Kira-kira dua daripada lima pelajar berkata akses internet dan alat teknikal yang lebih baik akan meningkatkan pengalaman pembelajaran dalam talian mereka,” kata Project ID dalam laporannya.
Dari 761 pelajar yang ditinjau, 524 (70%) berkata bahawa mereka sukakan aktiviti yang lebih seronok dan menarik untuk meningkatkan pembelajaran mereka, 428 pelajar berkata mereka mahukan struktur pembelajaran yang jelas dan lebih konsisten manakala 383 pelajar mahukan penglibatan lebih aktif dan interaktif semasa kelas.
Lebih memilih peralatan dan platform
Tinjauan juga mendapati sebilangan besar pelajar lebih suka menggunakan Google Meet sebagai platform pilihan pembelajaran dalam talian mereka.
“Rata-rata Google Meet memperoleh markah tinggi sedikit berbanding Zoom (6.40 vs 5.78), menunjukkan lebih pilihan untuk Google Meet berbanding Zoom. Ini mungkin disebabkan oleh penggunaan Google Meet yang lebih luas di sekolah awam Malaysia sebagai alat sidang video utama.”
Aplikasi seperti WhatsApp dan Telegram juga menjadi kegemaran di kalangan pelajar namun Instagram, Twitter dan Facebook berada di kedudukan jauh lebih rendah kerana pelajar mendapati platform ini tidak berkesan.
Tinjauan juga mendapati ada perbezaan pilihan berdasarkan bahasa yang dipilih oleh responden untuk menjawab tinjauan.
“Terdapat perbezaan antara pelajar yang pilih untuk menjawab tinjauan dalam bahasa Inggeris dan pelajar yang menjawab dalam Bahasa Melayu.
“Bagi responden yang memilih Bahasa Melayu, Telegram adalah platform paling disukai mereka, diikuti WhatsApp. Mereka juga cenderung merendahkan platform seperti Google Meets dan Zoom berbanding pelajar yang menjawab dalam Bahasa Inggeris.
“Ini ditunjukkan dalam 57% responden Bahasa Melayu yang meletakkan Telegram atau WhatsApp sebagai platform teratas mereka, berbanding hanya 20% daripada responden Bahasa Inggeris,” kata laporan itu.
Pelajar muda perlu sokongan lebih
95% pelajar yang mengambil serta dalam tinjauan berkata mereka perlukan lebih banyak sokongan daripada guru semasa pembelajaran dalam talian bila mereka belajar topik baharu, terutamanya bagi pelajar Tingkatan Satu.
“Sebilangan besar pelajar Tingkatan Satu (77.8%) menunjukkan mereka perlukan sokongan yang tinggi bila belajar topik baharu.” – 4 Jun, 2021.
Berita penuh di sini.
Komen