Lagi kes kematian dalam tahanan


Elill Easwaran

Humairah Abdullah, isteri kepada pemandu lori Umar Faruq Abdullah datang ke ibu pejabat polis berkenaan semalam tetapi tidak dibenarkan bertemu mangsa. – Gambar The Malaysian Insight, 4 Jun, 2021.

PEMANDU lori Umar Faruq Abdullah meninggal dunia di ibu pejabat polis daerah Klang selatan semalam, menjadikan ia kes ketiga kematian dalam tahanan dilaporkan dalam dua minggu.

Polis berkata Umar melompat dari tingkat dua bangunan itu di mana dia ditahan reman sejak rabu berhubung kes kecurian silinder gas.

Dalam satu laporan awal berkata Umar, digari dengan tangan di belakang badan, dipindahkan dari tingkat tiga ke tingkat satu bangunan itu.

Dia melompat dari tingkap tingkat dua ketika bergelut dengan seorang anggota polis yang memegangnya kerana dia cuba melarikan diri.

Laporan itu berkata Umar mempunyai empat rekod kesilapan lampau.

Peguam Manoharan Malayalam yang mewakili keluarga Umar memberitahu The Malaysian Insight anggota polis terbabit dalam kes itu sepatutnya didakwa kerana kematian atau kecuaian jenayah.

“Pendapat saya, inkues hanya membuang masa dan keluarga akan memfailkan saman, bermakna kerajaan perlu membayar mereka.

“Ini perlu dihentikan serta merta dan anggota polis terbabit sepatutnya dipecat atau didakwa,” katanya.

Manoharan berkata mangsa yang juga bapa kepada tiga anak ditahan di rumahnya di Kuala Selangor semalam.

Isterinya, Humairah Abdullah datang ke ibu pejabat polis berkenaan semalam tetapi tidak dibenarkan bertemu mangsa.

Manoharan berkata Humairah masih menunggu di bangunan itu untuk bertemu suaminya ketika ambulans datang, rupa-rupanya untuk memberi bantuan kepada suaminya.

Bedah siasat dijadualkan pagi ini.

Seorang tahanan di penjara Simpang Renggam Surendren Shanker meninggal dunia minggu lalu di Hospital Kluang selepas mengadu sakit.

Beberapa hari sebelum itu, seorang pengawal keselamatan Sivabalan Subramaniam, 43, meninggal dunia ketika dalam tahanan di ibu pejabat polis Gombak. – 4 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen