FACEBOOK bercadang membatalkan pengecualian kepada ahli politik, yang membenarkan mereka memuat naik posting mengelirukan atau kata kesat, lapor portal The Verge.
Portal berita The Verge melaporkan pengecualian kontroversi itu yang diberikan kepada ahli politik dengan alasan pandangan dan posting mereka yang ada nilai berita, akan dibatalkan seawal minggu ini di Facebook.
Facebook tidak memberi respons segera berhubung isu berkenaan.
Perubahan dasar itu dibuat selepas panel pemantau bebas memaklumkan, Facebook bertindak tepat apabila menyingkirkan bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump daripada platform itu, berikutan komennya tentang pencerobohan Capitol AS pada 6 Januari lalu.
Trump digantung daripada Facebook dan Instagram selepas memuat naik satu video serangan dilakukan penyokongnya yang mencabar keputusan pilihan raya AS, dengan Trump berkata “Kami sayang kamu, kamu sangat istimewa” kepada mereka.
Bagaimanapun, panel itu memberi tempoh enam bulan kepada Facebook untuk memberi maklum balas, sebab penggantungan Trump perlu kekal selama-lamanya.
Dalam temu bual bersama Fox News Sunday ada 9 Mei lalu, pengerusi bersama panel bebas itu, Michael McConnell berkata Trump menggalakkan penunjuk perasaan dalam insiden Capitol AS dan layak digantung daripada Facebook. – AFP, 4 Jun, 2021.
Komen