Jumlah kematian kanak-kanak akibat Covid-19 pada 2021 menyamai 2020


Raevathi Supramaniam

Ketua Pegarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pada tahun 2020, lapan kanak-kanak dirawat di ICU, yang mana enam daripada mereka adalah berumur bawah lima tahun.– Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Jun, 2021.

TIGA kanak-kanak maut akibat Covid-19 pada lima bulan pertama tahun ini, yang merupakan jumlah sama seperti tahun lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun katanya, dalam tempoh yang sama, jumlah kanak-kanak yang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) meningkat.

Noor Hisham berkata pada tahun 2020, lapan kanak-kanak dirawat di ICU, yang mana enam daripada mereka adalah berumur bawah lima tahun.

Dari Januari hingga Mei tahun ini katanya, 27 kanak-kanak menerima rawatan di ICU. 19 daripada mereka berumur bawah lima tahun.

Noor Hisham berkata ibu bapa dan penjaga memainkan peranan penting dalam melindungi kanak-kanak daripada Covid-19 kerana mereka memiliki imuniti yang rendah terhadap virus.

Beliau turut menggesa orang ramai agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan meminta mereka mendaftar untuk vaksin.

Pada Selasa, Majlis Keselamatan Negara berkata kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah tidak dibenarkan berada di tempat atau kemudahan awam, kecuali sebab kecemasan, untuk rawatan, pendidikan atau beriadah sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh bermula 1 Jun hingga 14 Jun. – 3 Jun, 2021.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen