KUMPULAN AKB48 kini ada pencabar baru, sebuah kumpulan penyanyi wanita- The Virtual Currency Girls- sudah ditubuhkan dalam usaha mendidik orang awam mengenai bitcoin dan mata wang digital lain.
Kumpulan lapan gadis itu, dikenali dalam Bahasa Jepun sebagai “Kasotsuka Shojo”. Setiap ahlinya memainkan karakter mewakili mata wang digital seperti bitcoin dan ethereum.
Bahan promosi memperkenalkan kumpulan itu menunjukkan mereka memakai topeng, skirt dan apron “pembantu ruman” lengkap berstoking lutut.
Kumpulan itu dijadualkan buat pertama kali dalam konsert mereka di Tokyo pada Jumaat menurut syarikat pengurusan mereka, Cinderella Academy.
Memenuhi imejnya, bayaran untuk barangan cenderhati kumpulan itu hanya menerima wang digital.
“Kami mahu mempromosi idea menerusi hiburan yang mata wang digital bukanlah alat spekulasi tetapi teknologi menakjubkan yang akan membentuk masa depan,” kata ketua kumpulan, Rara, 18, dalam satu kenyataan.
Lagu sulung mereka “The Moon and Virtual Currencies and Me” membawakan tema menentang penipuan dalam talian dan menggesa orang ramai menjaga keselamatan mereka dalam internet.
Kumpulan itu memecah masuk pasaran besar di Jepun, di mana bitcoin diakui menurut perundangan.
Hampir satu pertiga transaksi bitcoin global pada Disember menggunakan yen, menurut laman sesawang jpbitcoin.com.
Kumpulan itu muncul ketika pasaran bitcoin naik mendadak sehingga AS$20,000. – AFP, 11 Januari, 2018.
Komen