Jepun tuntut Rusia bebaskan nelayan yang ditahan


Jepun dan Rusia sering bertelagah berhubung sempadan kawasan penangkapan ikan. – Gambar EPA, 3 Jun, 2021.

JEPUN menuntut pihak Rusia membebaskan 14 nelayannya yang ditahan minggu lalu, kata pegawai kanan Jepun yang menyatakan kapal nelayan berkenaan beroperasi secara sah. 

Kapan Eiho Maru No.172 ditahan pihak berkuasa Rusia di sempadan wilayah utara Jepun dan Sakhalin yang merupakan wilayah Rusia. 

Moscow berkata kapal terbabit beroperasi di peraairan ekonomi Rusia, namun jurucakap kerajaan Jepun Katsunobu Kato menafikan dakwaan itu dan menuntut nelayan terbabit dibebaskan. 

“Dari semalam hingga hari ini kita menggunakan saluran diplomatik…bagi membantah dan berkomunikasi bahawa tindakan Rusia mengejar, menggeledah, merampas dan menahan kapal berkenaan adalah tidak dapat diterima.

“Kami menuntut anak kapal dan kapal berkenaan dibebaskan segera,” katanya dan menambah analisis yang dijalankan Tokyo mendapati kapal berkenaan beroperasi di perairan ekonomi Jepun. 

Menurut Kato, kesemua anak kapal yang ditahan berada dalam keadaan sihat dan diberikan makanan serta minuman secukupnya. 

Jepun dan Rusia sering bertelagah berhubung sempadan kawasan penangkapan ikan. – AFP, 3 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen