136 kanak-kanak diculik lelaki bersenjata di Nigeria 


Pasukan keselamatan Nigeria menghadapi masalah logistik untuk berdepan dengan kumpulan penjenayah bersenjata.– Gambar EPA, 3 Jun, 2021.

SEKUMPULAN lelaki bersenjata menculik 136 kanak-kanak di sebuah sekolah berasrama di tengah Nigeria hujung minggu lalu. 

Menurut pihak berkuasa Nigeria, ia merupakan insiden penculikan terbaharu di negara berkenaan. 

Kerajaan negeri Niger melaporkan berlaku serbuan di sebuak sekolah di pekan Tegina pada Isnin, namun tidak menyatakan berapa jumlah kanak-kanak yang dilarikan. 

Kumpulan bersenjata sering melakukan keganasan di barat laut dan tengah Nigeria dengan merompak, mencuri ternakan dan menjadikan penduduk sebagai tebusan. 

Setakat ini lebih 700 kanak-kanak dan pelajar diculik kumpulan bersenjata untuk mendapatan tebusan sejak Disember tahun lalu. 

“Kerajaan negeri Niger mengesahkan jumlah pelajar yang diculik oleh penjenayah di Sekolah Islam Tanko Salihu, Tegina iaitu 136 orang,” kata pihak kerajaan tempatan menerusi Twitter.

Timbalan gabenor negeri Alh Ahmed Mohammed Ketso berkata agensi keselamatan sedang melakukan yang terbaik namun mempunyai logistik yang cukup.

“Lebih banyak bantuan diperlukan bagi melengkapkan pasukan keselamatan untuk berdepan dengan penjenayah,” katanya. 

Penyerang bertindak membebaskan 11 pelajar yang terlalu kecil dan tidak mampu berjalan jauh, kata pihak berkuasa sebelum ini. 

Kerajaan negeri Niger berkata pihaknya tidak membayar sebarang wang tebusan. 

“Kita cuba berunding dan lihat bagaimana caranya untuk kita kembalikan mereka dengan selamat,” kata timbalan gabenor. – AFP, 3 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen