Kes harian Covid-19 meningkat kepada 8,209


Raevathi Supramaniam

Para pekerja berjalan pulang ketika perintah kawalan pergerakan penuh di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 3 Jun, 2021.

MALAYSIA hari ini melaporkan peningkatan semula jumlah kes Covid-19 dengan 8,209 kes dalam 24 jam terakhir.

Semalam, negara melaporkan 7,703 kes. Jangkitan juga menunjukkan sedikit trend penurunan sejak tiga hari sebelum - namun masih pada jumlah tinggi antara 6,000 dan 7,000 - sejak rekod tertinggi negara sebanyak 9,020 pada 29 Mei lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini melalui ciapan di Twitter berkata jumlah kes baharu ini meningkatkan beban kes kumulatif menjadi 595,374.

Selangor sekali lagi menjadi negeri paling tinggi dengan 3,125 kes.

Kuala Lumpur melaporkan 801 kes, diikuti oleh Johor (752), Sarawak (594), Kelantan (414), Perak (384), Kedah (373), Melaka (322), Pulau Pinang (303), Sabah (203), Pahang (135) dan Terengganu (127).

62 kes dilaporkan di Labuan, 33 di Putrajaya dan lima di Perlis, meningkat berbanding semalam.

Awal hari ini, Menteri Kesihatan Adam Baba berkata 105,655 orang telah menerima suntikan vaksin, dengan jumlah yang telah divaksinasi menjadi 3.21 juta.

Setakat petang ini, 12.58 juta orang telah mendaftar untuk vaksinasi. – 3 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen