Kakak bersumpah cari aktivis Thailand hilang


Wanchalearm, hilang tahun lalu dikehendaki polis Thailand kerana menjalankan laman Facebook antikerajaan selain menyiarkan video sindiran mengkritik Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha. – Gambar Facebook, 3 Jun, 2021.

SEJAK dia diseret ke dalam kereta di siang hari di Phnom Penh pada 4 Jun tahun lalu, tidak ada yang lagi khabar berita mengenai aktivis Thailand Wanchalearm Satsaksit.

Polis Thailand dan Kemboja bertegas mereka sedang menyiasat, tetapi dengan siasatan masih tidak timbul hasilnya, kakak aktivis tersebut, Sitanun telah bersumpah mencari kebenaran sehingga ke dalam lubang cacing.

Para pejuang hak asasi berkata kes itu memberi isyarat positif buat pemerintah Thailand untuk mengejar pembangkang politik di luar sempadan.

Wanchalearm, 37, dikehendaki polis Thailand kerana menjalankan laman Facebook antikerajaan selain menyiarkan video sindiran mengkritik Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha.

Kekecewaan Sitanun terhadap kurangnya pertolongan yang dia dapat dari pihak berkuasa Thailand tidak melemahkan azamnya untuk mengorek lebih lanjut apa yang berlaku pada adiknya.

“Jika kes Wanchalearm seperti kes-kes lain, di mana saudara-mara mangsa tidak keluar tuntut (keadilan) atau kejas kes itu, saya rasa tidak akan ada hasilnya,” katanya.

“Bagaimanapun dalam kes ini, saya tidak akan biar ia berlalu begitu sahaja.”

Pada Disember dia ke Kemboja untuk memberi bukti kepada mahkamah Phnom Penh dan mendesak siasatan serius. – AFP, 3 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen