Perancis tawar vaksin kepada remaja 12 hingga 18 tahun bermula 15 Jun


Perancis akan mula menawarkan vaksin Covid-19 kepada golongan remaja berusia antara 12 hingga 18 tahun mulai 15 Jun bagi dalam usaha perubahan program imunisasi negara. – Gambar EPA, 3 Jun, 2021.

PERANCIS akan mula menawarkan vaksin Covid-19 kepada golongan remaja berusia antara 12 hingga 18 tahun mulai 15 Jun, kata Presiden Emmanuel Macron semalam.

Semasa lawatan ke Saint-Cirq-Lapopie di Selatan Perancis, Macron berkata bahawa 50 peratus golongan dewasa kini menerima sekurang-kurangnya satu suntikan vaksin.

“Ia merupakan ‘sebenar-benarnya titik perubahan’ dalam usaha imunisasi negara,” katanya.

Persediaan vaksin meningkat dengan ketara baru-baru ini, mendorong pegawai membuka janji temu kepada semua golongan dewasa awal minggu ini yang mana ia beberapa minggu lebih awal dari jadual.

Dengan negara yang baru pulih dari gelombang jangkitan ketiga yang teruk, kerajaan Macron mahu memperluas program vaksinasi dengan cepat untuk melambatkan penyebaran varian.

Tetapi Macron mendesak penduduk untuk tetap “berhati-hati dan berwaspada” serta memakai topeng muka di beberapa wilayah buat masa ini.

Presiden berusia 43 tahun itu yang dijangkiti Covid-19 pada Disember lalu mengumumkan pada Isnin bahawa beliau dan isterinya juga menerima vaksin.

Menteri Kesihatan Olivier Veran memberitahu saluran televisyen TF1 bahawa program vaksinasi untuk remaja tidak wajib tetapi secara sukarela dan dengan persetujuan ibu bapa.

Memulakan vaksinasi untuk remaja ketika ini akan mengelak berlakunya penutupan sekolah patah awal tahun akademik berikutnya pada September, katanya.

Negara ini menguatkuatkasan perintah berkurung ketiganya di seluruh negara dengan restoran dan kafe kini dibenarkan untuk melayani pelanggan di luar kedai. Makan di dalam kedai akan disambung semula pada 9 Jun.

Beban di hospital sudah berkurang dengan jumlah pesakit Covid-19 dalam unit rawatan rapi (ICU) menurun dalam beberapa minggu terakhir dengan 2,754 kes serius pada Rabu menurun daripada lebih 6,000 pada akhir April.

Macron berada di Saint-Cirq-Lapopie bagi program lawatan ke seluruh negara menjelang pilihan raya presiden tahun depan juga pemilihan wilayah yang dijadualkan berakhir bulan ini. – AFP, 3 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen