Vietnam tarik balik sekatan, benarkan semula penerbangan


Pada Rabu pihak berkuasa penerbangan memberitahu lapangan terbang dan syarikat penerbangan, pihaknya telah membatalkan penangguhan itu, tanpa menyebut jangka waktu atau memberikan penjelasan. – Gambar EPA, 2 Jun, 2021.

PENERBANGAN antarabangsa ke dua bandar terbesar di Vietnam akan disambung semula, kata para pegawai pada Rabu, sekali gus membatalkan larangan jangka pendek yang dikenakan kerana bimbang gelombang koronavirus baru.

Pentadbiran Penerbangan Awam Vietnam pada Isnin mengumumkan penangguhan sementara untuk kedatangan penumpang antarabangsa di lapangan terbang Noi Bai Hanoi dari 1-7 Jun.

Keputusan sama juga dikenakan untuk lapangan terbang di ibu kota Ho Chi Minh hingga 14 Jun, ketika negara itu berusaha mengekang pandemik virus di lebih dari separuh wilayahnya.

Bagaimanapun pada Rabu pihak berkuasa penerbangan memberitahu lapangan terbang dan syarikat penerbangan, pihaknya telah membatalkan penangguhan itu, tanpa menyebut jangka waktu atau memberikan penjelasan.

Vietnam berjaya mengekalkan kadar jangkitan rendah namun kes meningkat dua kali ganda bulan lalu dan kini berjumlah lebih dari 7,500, dengan 48 kematian.

Negara komunis itu dipuji atas tindak balasnya yang cepat terhadap pandemik tahun lalu, namun program vaksinasinya lambat. – Gambar AFP, 2 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen