TERKENAL dengan pendirian antipendatang, parti haluan kanan AfD di Jerman telah menggunakan isu pandemik koronavirus dengan menarik jenis pengundi baharu, iaitu aktivis antisekatan di negeri Saxony-Anhalt, Jerman pada Ahad.
“Membuatkan ramai sangat orang jatuh ke lembah kemiskinan sedangkan jangkitan sedikit, ini sangat bermasalah buat kami,” adalah bagaimana Oliver Kirchner, calon utama AfD di Saxony-Anhalt memandang langkah-langkah pemerintah memerangi penularan Covid-19.
Pendirian antisekatan tersebut membuahkan hasil di bekas negara Jerman Timur itu. Parti itu melonjak naik dalam pemilihan malah dijangka berpeluang memenangi pilihan raya daerah untuk kali pertama.
Tinjauan Bild menunjukkan AfD setanding parti CDU Canselor Angela Merkel, dengan meramalkan kemenangan untuk parti sayap kanan itu pada 26%, mendahului CDU pada 25%.
Dalam pilihan raya terakhir Saxony-Anhalt pada 2016, CDU adalah parti terbesar, mendapat 30% dan membentuk gabungan dengan Sosial Demokrat (SPD) dan Greens.
Bagaimanapun CDU dilihat memalukan diri sendiri dalam tinjauan pendapat sejak beberapa bulan terakhir ini, dengan para pengundi marah dengan pengurusan pandemik dan skandal rasuah melibatkan kontrak pelitup muka koronavirus. – AFP, 2 Jun, 2021.
Komen