PEMERINTAH Komunis China mahukan rakyatnya mendapatkan lebih ramai anak, namun bagi generasi muda, janji-janji bantuan pemerintah tidak banyak kerana kos sara hidup naik dan mentaliti tentang keluarga sudah berubah.
Pada Isnin, negara paling ramai penduduk di dunia itu melonggarkan dasar perancangan keluarga, membolehkan pasangan mempunyai anak ketiga setelah hanya 12 juta bayi sahaja dilahirkan tahun lalu - satu rekod yang rendah buat negara komunis itu.
Tetapi dengan kos yang tinggi, ruang terbatas dan norma sosial had anak sejak berabad lamanya menghalang usaha kerajaan komunis itu untuk meningkatkan populasi China, para pakar memberi amaran.
“Sebahagian besar wanita di sekitar saya sangat tidak mahu dengan idea untuk ada anak,” kata Yan Jiaqi, pelajar sarjana berusia 22 tahun, kepada AFP di Beijing.
“Jadi, jangan cakap tentang nak ada tiga anak,” katanya.
Pada 2016, China melonggarkan “dasar satu anak” - salah satu peraturan perancang keluarga yang paling ketat di dunia - yang hanya membenarkan pasangan mempunyai dua anak kerana bimbang kesannya terhadap tenaga kerja dan tahap ekonomi tidak stabil.
Pelonggaran terbaharu ini adalah sebahagian daripada usaha keras mendorong ledakan demografi sebelum pertumbuhan China yang luar biasa terhalang oleh bilangan penjagaan kesihatan dan pencen untuk ratusan juta warga emas.
Untuk Komunis China berjaya, ia perlu meyakinkan orang seperti Yang Shengyi, seorang bapa kepada dua anak, untuk memiliki seorang lagi anak.
Ketika dia mengunjungi sebuah kedai mainan di Beijing bersama keluarganya, Yang berkata dua anak lelaki sudah cukup banyak di ibu kota China yang penuh saingan ini.
“Kami tak ada banyak duit dan tak cukup ruang di rumah, jadi saya rasa tak sebab untuk ada anak ketiga,” katanya kepada AFP.
“Ketika anak kedua kami lahir, segalanya berubah jadi setengah. Sebelum ini kami boleh beri 100% kepada anak, kini perlu beri 50% perhatian.” – AFP, 2 Jun, 2021.
Komen