Florida larang transgender sertai sukan wanita


Gabenor Florida Ron DeSantis meluluskan undang-undang larangan transgender sertai pertandingan dalam sukan untuk kategori wanita dan remaja perempuan di sekolah awam. – Gambar AFP, 2 Jun, 2021.

GABENOR Florida Ron DeSantis meluluskan undang-undang larangan transgender masuk pertandingan dalam sukan untuk kategori wanita dan remaja perempuan di sekolah awam.

“Kami percaya amat penting untuk integriti pertandingan ini dipelihara,” kata gabenor Replublican itu selepas menandatangni undang-undang berkenaan di Jacksonville.

“Di Florida, perempuan akan bermain dalam sukan perempuan, dan lelaki dalam sukan lelaki. Sukan kita berdasarkan kepada biologi, bukannya ideologi.”

Undang-undang itu yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai, mewajibkan kanak-kanak dan remaja perempuan menyatakan gender biologi dengan mengemukakan sijil kelahiran sebelum dapat menyertai pertandingan.

DeSantis menandatangani peraturan itu pada hari pertama Bulan LGBTQ.

Florida kini negeri di AS yang paling ramai penduduk, mengharamkan transgender menyertai sukan kategori perempuan, selepas beberapa negeri lain turut mengambil tindakan serupa baru-baru ini. – AFP, 2 Jun, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen