Ketua Pemuda Umno lidah rasmi DAP dan pembangkang


KETUA Pemuda Umno, Saudara Asyraf Wajdi yang menuntut Azmin Ali selaku Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjelaskan secara “Live” mengenai kebenaran operasi dan penutupan kilang setelah “Total Lockdown” diumumkan memperlihatkan kerendahan akal seolah-olah otaknya di lutut.

Mengatakan beliau tidak faham berhubung rasional kilang-kilang yang dibenarkan beroperasi, mentaliti beliau ini tidak ubah seperti pembangkang. 

Kerajaan memberikan kelulusan berdasarkan “rantaian ekonomi” atau “economic chain” bagi memastikan sesuatu produktiviti itu dapat terhasil dengan sempurna. 

Sebagai contoh, penghasilan makanan seperti roti juga menuntut supaya sektor pembungkusan dan pengangkutan dibuka supaya ianya dapat sampai kepada pembeli dengan sempurna.

Usaha ini juga adalah sebahagian daripada ikhtihar untuk menjamin kelangsungan pendapatan dan pekerjaan rakyat. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed sebelum ini juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa penutupan pelbagai industri seperti PKP 1.0 akan menyebabkan kadar pengangguran meningkat dengan mendadak dan bilangan isi rumah miskin akan bertambah.

Justeru, apakah Pemuda Umno ini memberikan peluang pekerjaan seandaikan rakyat dibuang kerja akibat penutupan sektor ekonomi.

Justeru, saya ingin mencadangkan supaya rakyat Malaysia menyusun dan meneliti semula kenyataan-kenyataan Asyraf Wajdi untuk melihat betapa bodoh dan dangkalnya akal beliau yang hanya menjadi lidah rasmi DAP dan pembangkang. 

Menjelang Hari Raya yang lalu, beliau sendiri mendesak kerajaan untuk buka sempadan untuk rakyat balik beraya, tatkala kes meningkat beliau juga menjadi jaguh untuk “Total Lockdown” pula.

Berhemahlah mengeluarkan kenyataan. Jangan sampai kelihatan seperti boneka. – 1 Jun, 2021.

* Muhammad Saiful Bahari, Exco Armada Nasional

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen