Iran perlu bebaskan tahanan politik, kata White House


Penunjuk perasaan anti kerajaan berarak di tengah ibu kota Tehran, Iran susulan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan dan isu kos sara hidup. – Gambar AFP, 11 Januari, 2018.

WHITE House mendesak Iran supaya membebaskan semua penunjuk perasaan yang ditahan dalam demonstrasi di seluruh negara, baru-baru ini.

Gesaan itu dijangka meningkatkan tekanan terhadap Tehran ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dalam proses mengkaji semula perjanjian nuklear sedia ada.

“Pentadbiran Trump amat bimbang dengan laporan rejim Iran memenjarakan ribuan rakyatnya, sejak beberapa minggu lalu kerana terbabit dalam demonstrasi aman.

“Kami tidak akan berdiam diri kerana kerajaan diktator Iran melanggar hak asasi rakyatnya dan meminta pemimpin negara itu bertanggungjawab atas segala tindakan itu.

“AS mendesak pembebasan segera tahanan politik di Iran, termasuk mangsa yang terbabit dalam kejadian baru-baru ini,” kata White House dalam satu kenyataan semalam. – AFP, 11 Januari, 2018.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen