Nenek ditangkap sebab protes seorang diri


Wong sering dilihat mengibarkan bendera Union Jack, simbol ketidakpuasannya terhadap Beijing sejak kota itu diserahkan kepada China oleh bekas kuasa penjajah Britain pada 1997. – Gambar AFP, 31 Mei, 2021.

POLIS Hong Kong telah menangkap seorang aktivis demokrasi berusia ketika membuat demonstrasi seorang diri sempena ulang tahun ke-32 tindakan berdarah Beijing di Dataran Tiananmen.

Alexandra Wong, 65, ditahan pada Ahad kerana disyaki mengambil bahagian dalam perhimpunan haram ketika berjalan menuju Pejabat Perhubungan Beijing di Hong Kong.

Wong, yang dikenali orang ramai sebagai “Nenek Wong” adalah salah seorang orang biasa dari demonstrasi demokrasi besar yang melanda Hong Kong pada 2019.

Beliau sering dilihat mengibarkan bendera Union Jack, simbol ketidakpuasannya terhadap Beijing sejak kota itu diserahkan kepada China oleh bekas kuasa penjajah Britain pada 1997.

Protes kini diharamkan di Hong Kong.

Pihak berkuasa telah menggunakan ancaman koronavirus dan keselamatan untuk melarang demonstrasi.

Ulang tahun peringatan yang dirancang untuk hari Jumaat ini telah ditolak buat dua tahun berturut-turut.

Pihak berkuasa menggunakan alasan koronavirus, walaupun Hong Kong pada masa ini tidak melaporkan kes jangkitan tempatan. – AFP, 31 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen