SEKUMPULAN lima perompak menyerbu Hotel Ritz di Paris, semalam dan melarikan barang kemas dianggarkan bernilai empat juta euro.
Sumber berkata polis berjaya menahan tiga daripada suspek di lokasi kejadian, sementara yang lain melarikan diri.
Sumber lain memberitahu barang kemas yang dirompak itu dianggar bernilai lebih empat juta euro (RM19 juta).
Dalam kejadian itu, lima suspek bersenjatakan kapak tiba di hotel mewah itu pada jam 6.30 petang (waktu tempatan) dan memecahkan tingkap di aras bawah sebelum melarikan diri dengan barang kemas.
Insiden itu juga menyebabkan beberapa jalan di sekitar hotel ditutup oleh pasukan keselamatan.
“Pelbagai barang kemas yang dihasilkan pereka terkenal dunia sedang dipamerkan di Hotel Ritz,” kata sumber polis. – AFP, 11 Januari, 2018.
Komen