Aktiviti kilang China perlahan, perkhidmatan kuat


Ekonomi China sebahagian besarnya pulih dari sekatan pergerakan koronavirus tahun lalu, walaupun pemulihan pengguna telah ketinggalan berbanding aktiviti industri. – Gambar AFP, 31 Mei, 2021.

AKTIVITI perkilangan di China turun sedikit pada Mei kerana permintaan lebih perlahan selain harga bahan mentah lebih tinggi, manakala industri perkhidmatan melonjak tinggi sejak Hari Buruh, lapor data rasmi pada Isnin.

Indeks Pengurus Pembelian (PMI), ukuran utama aktiviti pembuatan China, adalah 51.0 - turun dari 51.1 pada April tetapi di atas paras yang memisahkan pertumbuhan dari penguncupan, kata Biro Statistik Nasional.

Walaupun pengeluaran kilang telah “meningkat dengan stabil”, dengan aktiviti keseluruhan melebihi tempoh sama dalam dua tahun terakhir, pertumbuhan permintaan kini telah perlahan, kata ahli statistik kanan NBS, Zhao Qinghe.

Indeks pesanan eksport baharu pula jatuh, katanya, “mencerminkan penurunan pesanan luar”.

Sebilangan penganalisis menunjukkan kekangan bekalan baru-baru ini sebagai faktor di sebalik pertumbuhan yang lebih perlahan, dengan Capital Economics berkata terdapat “sedikit tanda” pelonggaran, dengan harga barang masih naik.

Sementara itu, harga pembelian bahan mentah utama tetap tinggi, kata NBS.

Bagaimanapun PMI bukan-pembuatan China meningkat kepada 55.2 pada Mei, dengan lonjakan pengguna cuti Hari Buruh yang disokong oleh perjalanan dan penginapan domestik jarak jauh.

“Pasaran pengguna menunjukkan momentum pemulihan positif,” kata Zhao, sambil menambah, aktiviti pembinaan juga meningkat.

Ekonomi China sebahagian besarnya pulih dari sekatan pergerakan koronavirus tahun lalu, walaupun pemulihan pengguna telah ketinggalan berbanding aktiviti industri. – AFP, 31 Mei, 2021.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen